Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang, Jalan Mongkos , 94750 Tebakang, Serian, Sarawak, Malaysia Telepon : (06) 082896628, Faxcimile : (06) 082896362,
E-mail : smktebakang@gmail.com,
Web Blog : http://smktebakang.blogspot.com

scrolling text


SELAMAT DATANG KE BLOG SMK TEBAKANG

Wednesday, November 27, 2013

Majalah Sekolah 2013

Majalah Paksi Edisi-14 2013 telah siap diterbitkan. Tahniah dan syabas kepada Sidang Redaksi kerana sekali lagi berjaya menerbitkan majalah sekolah untuk tahun 2013. Sesungguhnya, majalah ini akan menjadi satu dokumentasi yang sangat penting untuk mengumpulkan semua aktiviti, peristiwa dan kejayaan sekolah sepanjang sesi persekolahan 2013. Bagi murid yang telah membayar, majalah tersebut boleh dituntut dari guru tingkatan masing-masing pada tahun depan. Majalah tersebut juga ada dijual di koperasi sekolah dengan harga RM10.00


Saturday, November 23, 2013

Panorama SMK Tebakang Tahun 2013



Kursus Simen Fero Untuk Staf Sokongan SMK Tebakang

Pada tanggal 10 hingga 12/11/2013, Latihan Dalam Perkhidmatan Untuk Kakitangan Sokongan SMK Tebakang telah diadakan untuk memberi pendedahan kepada pembuatan Simen Fero. Projek yang dilakukan adalah meja dan bangku.







Saturday, November 16, 2013

Pendaftaran Murid 2014

Pendaftaran Murid Tingkatan 1 dan Semua Murid Harian dan Asrama Sesi Persekolahan 2014

A.  Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Kepada,
Ibu bapa / Penjaga
Murid Tingkatan 1 Sesi 2014

Tuan,

PENDAFTARAN MURID TINGKATAN SATU SESI 2014

Untuk makluman ibu bapa / penjaga, Sesi Persekolahan Tahun 2014 akan bermula pada 2 JANUARI 2014 (HARI KHAMIS)

2.         Oleh  demikian, sukacita dimaklumkan bahawa hari pendaftaran murid dan  taklimat bagi semua murid Tingkatan 1 (penghuni Asrama dan pelajar Harian) ialah seperti berikut  :

2.1 Pendaftaran Murid (semua murid asrama dan pelajar harian)
Tarikh             :   1 JANUARI 2014 ( HARI RABU)
Masa               :   7.30 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat           :    Kelas ( Dimaklumkan pada masa pendaftaran bersama guru
                            Tingkatan)

            2.2  Pendaftaran dan penempatan murid asrama (selepas pendaftaran Murid)
                        Tarikh             :   1 JANUARI 2014 (HARI RABU)
                        Masa               :   10.00 pagi hinggga 12.00 tengahari
                        Tempat            :   Dewan makan dan asrama bersama Warden

3.         Perkara-perkara berikut hendaklah diambil perhatian pada hari pendaftaran :
            a)   Bagi penghuni Asrama, sila bawa bersama
i)      Barang / kelengkapan untuk tidur seperti selimut dan kelambu.  Sarung tilam dan sarung bantal mesti di beli di koperasi sekolah.
ii)    Kelengkapan dan keperluan harian untuk mandi dan pakaian harian.

b)      Bagi semua murid, sila sediakan wang untuk membeli :

BIL
PERKARA
BAYARAN
CATATAN
1.
Baju T
25.00
Semua
2.
Buku Nilam
3.00
Semua
3.
Buku Panduan Pelajar
2.60
Semua
4.
Buku Laporan / Kemajuan
2.50
Semua
5.
Buku Kokurikulum
2.50
Semua
6.
Buku Catatan Perhimpunan
3.00
Semua
7.
Pakej Buku latihan dan Alat Tulis
60.00
Semua
8.
Fail Folio Berwarna
2.60
Semua
9.
Buku Segak
1.50
Semua
10.
Kad Nama Bergambar
4.00
Semua
11.
Tali Pinggang logo sekolah(logam)
8.00
Lelaki sahaja
12.
Sarung tilam dan sarung bantal (Asrama)
22.00
Murid Asrama sahaja
13.
Fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
4.00
Semua
14.
Koperasi (Keahlian dan syer)
2.00
Semua
          
               c.  Rumusan pembelian murid ialah
i)        Murid lelaki Asrama                =  RM 142.70
ii)      Murid Perempuan Asrama       =  RM 134.70
iii)    Murid Lelaki Harian                =  RM 120.70
iv)    Murid Perempuan Harian         =  RM 112.70

d.   Dokumen-dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran diri :

BIL
DOKUMEN
SENARAI SEMAK
1.
Sijil Kelahiran dan satu salinan fotostat

2.
Sijil berhenti sekolah dan satu salinan fotostat

3.
Penyata keputusan UPSR dan satu salinan fotostat

4.
Buku Rekod Kesihatan Murid (RKM 1) Warna Biru

5.
Surat Perjanjian Kemasukan ke asrama

6.
Borang kebenaran melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum

7.
Borang kebenaran pembedahan dalam masa kecemasan

8.
Borang Permohonan Kemasukan ke Asrama ( 3 salinan)

9.
Borang Sistem Maklumat Asrama (SMA)

10.
Borang Sistem Maklumat Murid (SMM)

11.
Salinan Kad Pengenalan Murid

12
Salinan Kad Pengenalan Bapa

13.
Salinan Kad Pengenalan Ibu

14.
Salinan Kad Pengenalan Penjaga / waris

15
4 keping gambar saiz passport


d.  Semua ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi , menandatangi , membuat
     pengesahan dan membawa borang serta dokumen tersebut semasa pendaftaran

e.  Buku latihan MESTI dibeli dari KOPERASI SEKOLAH. Alat-alat seperti alat
     matematik, pen, pensil boleh didapati di Koperasi yang tidak perlu dibeli dari luar.

4.         Untuk makluman pihak tuan, penggunaan telefon bimbit, barang kemas atau barang perhiasan seperti anting-anting, gelang, subang adalah tidak dibenarkan. Kegagalan mematuhi peraturan ini akan menyebabkan telefon bimbit dan barang perhiasaan anak tuan dirampas oleh pihak sekolah.

5.         Tali pinggang untuk pelajar lelaki wajib dibeli di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang.

6.         Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi atau datang sendiri ke PEJABAT AM SEKOLAH pada waktu pejabat sahaja.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


(CARTER BALLANG KAPONG)
Pengetua
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang


B.   PENDAFTARAN SEMUA MURID TINGKATAN 2 HINGGA 5 (ASRAMA & HARIAN)

Kepada

Semua Ibu bapa /penjaga
(Tingkatan 2, 3, 4 dan 5)
Sesi Persekolahan 2014

PENDAFTARAN MURID DAN SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Sesi Persekolahan 2014 akan bermula pada 2 JANUARI 2014 (KHAMIS).  

2.         Semua pelajar asrama dan harian diminta datang dan melapor diri di sekolah dan asrama pada ketetapan berikut ;
           
2.1 PENDAFTARAN MURID (SEMUA MURID ASRAMA DAN PELAJAR HARIAN)

Tarikh             :   1 JANUARI 2014 ( HARI RABU)
Masa               :   7.30 pagi hingga 10.00 pagi
Tempat            :    Kelas ( Dimaklumkan pada masa pendaftaran  bersama Guru
                               Tingkatan)
Pakaian            :   Pakaian Seragam sekolah

            2.2  PENDAFTARAN DAN PENEMPATAN MURID DI ASRAMA (SELEPAS
                     PENDAFTARAN MURID)

                        Tarikh              :   1 JANUARI 2014 (HARI RABU)
                        Masa               :   10.00 pagi hinggga 12.00 tengahari
                        Tempat            :   Asrama Masing-masing
            Pakaian            :   Pakaian Seragam sekolah

3.         Berkaitan dengan keperluan persekolahan anak tuan, keperluan tersebut boleh diperolehi di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang Berhad dengan harga yang berpatutan.  Pakej alat tulis dan buku latihan yang terdapat di koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang dijual pada harga RM52.60 sahaja.

4.         Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut sila hubungi atau datang sendiri ke PEJABAT AM SEKOLAH pada waktu pejabat sahaja.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(CARTER BALLANG KAPONG)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang.