LOGO SEKOLAH.
PENGERTIAN LOGO
Huruf T – TEBAKANG
Warnabiru pada huruf T menunjukkan kemajuan dalam pelajaran dan pemikiran.
Warna kuning menunjukkan taat setia kepada sekolah, Raja dan Negara kita Malaysia.
Warna hijau menunjukkan kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan kerja, permainan, aktiviti-aktiviti dan pembelajaran.
PusatRoda (Hub) menunjukkan sekolah ini berperanan sebagai pusat pembelajaran di kawasan Tebakang.
Roda melambangkan pergerakan pelajar-pelajar dari sekolah ini sentiasa mara ke hadapan untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik.
Jejari yang terdapat pada roda yang bermula dari hub sentiasa memancar kesemua arah menunjukkan ilmu pengetahuan yang diperolehi dari sekolah ini akan diguna untuk pembangunan di kawasan ini.
TebakangPeduli adalah moto sekolah ini – bermaksud sekolah ini sentiasa peduli tentang semua perkembangan terhadap para pelajarnya dalam bidang akademik, kebudayaan, sosial, fizikal atau mental dan kebajikan pelajar dan semua di kawasan ini.
Huruf C – Care (Peduli).
WarnaMerah pada huruf C menunjukkan keazaman yang tinggi dan kerja kuat.
Reka bentuk corak Bidayuh melambangkan harmoni, perpaduan dan kerjasama di antara ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah tempat yang sesuai untuk didiami dan sebagai pusat pembelajaran dan juga untuk mewujudkan suasana harmoni tidak kira bangsa dan agama.
Best school ever
ReplyDeleteYeah
Delete