Sekolah Menengah Kebangsaan Tebakang, Jalan Mongkos , 94750 Tebakang, Serian, Sarawak, Malaysia Telepon : (06) 082896628, Faxcimile : (06) 082896362,
E-mail : smktebakang@gmail.com,
Web Blog : http://smktebakang.blogspot.com

scrolling text


SELAMAT DATANG KE BLOG SMK TEBAKANG

PIBG







Sumbangan PIBG SMK Tebakang terhadap sekolah


ULASAN AKTIVITI TAHUNAN
4          ULASAN AKTIVITI AKADEMIK
4.1       SUMBANGAN DALAM AKADEMIK
            a) i. memberikan insentif kepada setiap pelajar yang cemerlang dalam setiap ujian pencapaian  dan diberikan  kepada pelajar pada Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah di akhir semester.
                ii. memberikan insentif untuk setiap pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM dan PMR.Bagi calon yang mendapat gred purata kurang dari 3.0 untuk calon SPM mereka akan mendapat insentif sebanyak RM 50.00 dan straight A akan mendapat RM 100.00.Manakala bagi calon PMR pula,bagiyang mendapat gred purata kurang daripada 2.0akan mendapat insentifRM 50.00 dan straight A akan mendapat RM50.00.
            b) Menyumbangkan dana untuk melangsungkan bengkel dan teknik menjawab soalan PMR dan SPM.Antara penceramahnya ialah Tuan Haji Abang Ismawi.
            c) bekerjasama melaksanakan program permuafakatan ibu bapa untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM dengan pihak sekolah.
4.2       SUMBANGAN KEPADA KEMENJADIAN MURID
            a) menaja wang saguhati untuk membayar penceramah bagi melaksanakan program kursus kepimpinan kepada pelajar.
            b) menampung perbelanjaan untuk perkhemahan pengawas dan kem bersepadu di kampong Bunan Gega dengan menyediakan sewa sun tent dan pengangkutan.
4.3       SUMBANGAN KEPADA GURU DAN STAF SOKONGAN
            a) menaja perjalanan 2 orang guru (tiket AirAsia) untuk mengikuti kursus penandaarasan P&P koperatif di SMK Lutongpada 27-30 Ogos 2013.
            b) menaja wang saguhati untuk penceramah bagi melaksanakan Latihan Dalam Perkhidmatan para guru.Antara penceramah yang telah dijemput ialah En.Jerome Lau dan En. Marcus Hugo.
            c) menyumbangkan hadiah insentif kepada para panitia yang meningkat peratus lulus dalam peperiksaan PMR dan SPM sebanyak RM100.00
            d) menyumbangkan hadiah kepada semua guru termasuk kek pada Hari Guru.
            e) menyumbang dana untuk melaksanakan Rancangan Intergrasi Murid Untuk Perpaduan ( RIMUP Gawai,Tahun Baru Cina dan Raya Aidilfitri) berjumlah RM 1500.00.
            f) melaksanakan hari Pasaria PIBG dengan melaksanakan pelbagai aktiviti seperti jogathon,cabutan tiket bertuah,kutipan kad jogathon dan gerai jualan.Hasil yang dikutip berjumlah RM 31158.80 telah berjaya dikumpulkan.


5          ULASAN SUMBANGAN KOKURIKULUM
5.1       SUMBANGAN UNTUK SUKAN DAN PERMAINAN
            a) memberi wang saku kepada pelajar yang terlibat dalam sukan yang mewakili peringkat Bahagian dan Negeri.
            b) memberikan insentif kepada pelajar yang cemerlang dalam sukan yang disampaikan dalam majlis penyampaian sijil dan hadiah pada akhir semester.
6.         ULASAN PROJEK KHAS PIBG UNTUK SEKOLAH
6.1       SUMBANGAN UNTUK KEMUDAHAN DAN INFRASTRUKTUR
            a) menaiktaraf 2 buah kelas iaitu kelas 4A dan 5A menjadi kelas elit yang dilengkapi penghawa dingin.
            b) menukar “blackboard” kepada “whiteboard” untuk 43 buah kelas.
            c) memasang beberapa unit penghawa dingin unuk bilik SU Peperiksaan, SU HEM dan ketua bidang.
            d) menghadiahkan satu set computer untuk membuat laporan kehadiran harian murid.
            e) Projek Mini Simen Fero.Menyediakan 3 set meja membaca pelajar di tempat terbuka.





No comments:

Post a Comment